SEKTOR PELABURAN
PENGENALAN
Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BPPS) mendokong dasar serta polisi kerajaan dan MARA dalam merealisasikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) dengan memberi fokus kepada 2 (dua) agenda utama iaitu memantapkan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat dan memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan.
OBJEKTIF
- Mengawal, memantau dan meningkatkan pelaksanaan tadbir urus korporat.
- Melapor dan memantau prestasi subsidiari serta pelaksanaan dan pematuhan akta, pekeliling dan arahan kerajaan serta MARA.
- Mengenal pasti potensi aset MARA dan meningkatkan nilai aset (unlocking assets).
PERANAN
-
- Tadbir Urus Korporat
- Menetapkan dasar dan mengawalselia tadbir urus korporat bagi subsidiari MARA.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi subsidiari MARA.
- Pembangunan Komersial
- Menganalisis, mengkaji dan menilai prestasi subsidiari.
- Mengenal pasti pasaran ekonomi baru yang akan diterokai untuk tujuan pelaburan.
- Pembangunan Harta
- Mengenal pasti hartanah MARA untuk tujuan komersil (unlocking assets).
- Mengkaji dan mencadangkan pembangunan aset MARA yang mempunyai nilai komersil.
- Tadbir Urus Korporat
PENGENALAN
Bahagian Industri Pengangkutan (BIP) adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas Projek Kenderaan Bas MARA (KBM) iaitu projek perkhidmatan pengangkutan bas awam berbentuk sosial yang beroperasi khususnya di kawasan luar bandar bagi menghubungkan masyarakat luar bandar untuk ke bandar dan sebaliknya termasuk ke kawasan penempatan baru dan kawasan tanah rancangan.
Pada Julai 2013, pengurusan operasi KBM telah dikorporatkan kepada MARA Liner Sdn Bhd bagi melaksanakan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan KBM.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres yang selamat, cekap dan berkesan termasuk kemudahan sokongan yang diperlukan bagi menghubungkan masyarakat luar bandar dan bandar serta kawasan-kawasan penempatan/pertumbuhan baru, tanah rancangan dan kawasan pembangunan wilayah untuk mempercepatkan pembangunan dan perkembangan sosio ekonomi masyarakat.
PERANAN
- Meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar
- Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat
- Memberi khidmat pengangkutan sosial
PENGENALAN
Bahagian Kawalan Kredit (BKK) merupakan bahagian di bawah Sektor Pelaburan yang diwujudkan sejak tahun 1989. Bahagian ini berfungsi sebagai pelaksana dan pemantau kutipan bayaran balik semua jenis kemudahan pinjaman/pembiayaan dan sewaan premis MARA. BKK memfokuskan kepada tiga (3) aktiviti utama iaitu Kutipan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran, Pemantauan Bayaran Balik Pembiayaan Perniagaan dan Penguatkuasaan, Sewaan Premis Perniagaan dan lain-lain kemudahan MARA.
OBJEKTIF
Memastikan dan memantau prestasi kutipan Pinjaman Pelajaran, Pinjaman/Pembiayaan Perniagaan, Sewaan dan Pinjaman Pelbagai mencapai sasaran tahunan yang telah ditetapkan.
PERANAN
Bahagian Kawalan Kredit berperanan untuk menyediakan kemudahan seperti berikut:
- Khidmat Pelanggan
- Memantau kutipan dan Penguatkuasaan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran.
- Komputer/Pendahuluan & Pengesanan
- Memantau kutipan dan Penguatkuasaan Bayaran Balik Pendahuluan & Pinjaman Komputer.
- Pengesanan dan carian ALiS (JPN) – Daftar Kematian di JPN.
- Conversion/Pengurangan
- Memproses permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.
- Call Centre & Penguatkuasan
- Membuat panggilan peringatan kepada peminjam yang bertunggakan.
- Mengurus data bagi tindakan penguatkuasaan pinjaman pelajaran.
- Pemantauan Negeri dan Penguatkuasaan Perniagaan
- Memantau prestasi kutipan pinjaman pelajaran/pembiayaan perniagaan dan sewaan premis.
- Melaksanakan penguatkuasaan kutipan peminjam/ pembiayaan perniagaan dan sewaan premis.
- Pemantauan Pinjaman Pelbagai Dan Agensi Kutipan Hutang
- Memantau prestasi kutipan pinjaman pelbagai (bekas pelajar IKM/KKTM/KPM).
- Melaksanakan penguatkuasaan kutipan pinjaman pelbagai (bekas pelajar IKM/KKTM/KPM).
- Tuntutan ke atas bekas kakitangan MARA dan Kerjaya.
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 24 April 2024 pada 10:56:35
Ulasan Terkini