𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧
KUALA LUMPUR, 22 Mei 2026 – Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan bersama barisan pengurusan Sektor Kewangan Korporat MARA telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengurusan Tertinggi Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam membina hubungan strategik antara dua institusi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
Pertemuan tersebut memberi fokus kepada perkongsian pandangan serta penerokaan peluang kerjasama dalam bidang pelaburan dan kewangan, selaras dengan komitmen kedua-dua pihak untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berimpak tinggi.
Sebagai institusi yang mendukung aspirasi pembangunan negara, MARA dan Bank Rakyat terus komited memperluas peranan masing-masing dalam membina landskap kewangan yang lebih progresif, berdaya tahan dan mampu memberikan nilai jangka panjang kepada negara.
Usaha ini mencerminkan iltizam berterusan MARA dalam memperluas jaringan strategik bersama institusi kewangan tempatan demi menyokong agenda pembangunan ekonomi nasional.
Oleh: zamry



