๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—™, ๐—ก๐—˜๐—ซ๐—ง๐—š๐—˜๐—ก๐—•๐—œ๐—ญ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ

mara

KUALA LUMPUR, 8 APRIL โ€“ Industri kreatif dan bakat reka bentuk tempatan terus diberi ruang untuk berkembang apabila MARA memperkenalkan platform keusahawanan baharu, NextGenBiz, dalam penganjuran International Design Forum 2026 yang berlangsung hari ini.

Forum bertemakan โ€œSustainability in Motion: Shaping Tomorrowโ€™s Designโ€ itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz, dalam satu majlis yang berlangsung di UniKL Malaysia Italy Design Institute (MIDI) pagi tadi.

Dalam ucapannya, Encik Zahari Aziz menekankan kepentingan gabungan reka bentuk, teknologi dan keusahawanan dalam melahirkan generasi yang berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran industri global.

Selaras dengan itu, platform NextGenBiz diperkenalkan sebagai inisiatif keusahawanan MARA yang memberi pendedahan kepada pelajar dan usahawan muda mengenai peluang perniagaan, sokongan yang tersedia serta ruang untuk mengembangkan idea kreatif kepada bentuk komersial.

Melalui pengisian seperti pembentangan usahawan, sesi perkongsian industri dan aktiviti jaringan, NextGenBiz membantu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta rangkaian peserta dalam ekosistem keusahawanan, di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam dunia perniagaan sebenar.

Forum ini turut menampilkan ucaptama, sesi panel industri serta pameran inovasi pelajar dan produk kreatif yang memberi nilai tambah kepada pengalaman peserta.

Oleh: shafiz hamzah