πππ£ππππ₯ππ‘ π§π©ππ§ ππππ§π ππ₯π πππ‘π§π¨ πππππ¬πππ‘ ππ π£ππ‘π§ππ¦ π£ππ₯ππ¨π ππππ‘ ππ‘π§ππ₯ππππ‘ππ¦π
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 β Kejayaan pelumba muda negara, Hakim Danish, menjuarai Grand Prix Republik Czech di Brno baru-baru ini membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Di sebalik kemenangan tersebut, terdapat pasukan teknikal yang bekerja keras memastikan jentera berada pada tahap prestasi terbaik untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Salah seorang individu penting di belakang tabir ialah Muhammad Firdaus Mukhazir yang merupakan alumni Program Teknologi Motosikal GIATMARA Subang tahun 2017 dan kini berkhidmat sebagai mekanik bersama pasukan ZK Racing/MSI Racing.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang dibangunkan melalui pendidikan TVET, beliau memainkan peranan penting dalam memastikan jentera pasukan sentiasa berada dalam keadaan optimum sepanjang musim perlumbaan.
Kejayaan menempatkan diri dalam pasukan perlumbaan bertaraf antarabangsa membuktikan bahawa bidang kemahiran mampu membuka peluang kerjaya yang luas dan berpotensi tinggi.
Hasil kepakaran yang dimiliki, Muhammad Firdaus kini memperoleh pendapatan sekitar RM9,000 hingga RM25,000 sebulan dalam industri permotoran profesional yang kompetitif.
Pencapaian ini menjadi bukti bahawa graduan GIATMARA bukan sahaja mampu memenuhi keperluan industri, malah berupaya berdiri sebaris dengan tenaga kerja terbaik di peringkat global.
Kisah kejayaan Muhammad Firdaus turut menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melihat TVET sebagai laluan pendidikan yang mampu membawa mereka ke pentas dunia.
MARA dan GIATMARA akan terus komited melahirkan lebih ramai tenaga mahir berdaya saing yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri dan mengharumkan nama negara, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan serta semangat sambutan 60 Tahun MARA
Oleh: shafiz hamzah



