๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ข๐ช๐๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ซ ๐๐ฉ๐๐ฆ ๐๐ข๐ข๐ ๐๐๐ฆ๐ง
KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 โ Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA telah menyantuni usahawan yang menyertai Perak Gen Showcase 2026 X EVAS Food Fest yang berlangsung di Medan MARA, Kuala Lumpur. Program ini menjadi platform bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan MARA, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk memperluaskan pasaran serta meningkatkan daya saing perniagaan.
Dalam sesi tersebut, beliau berpeluang berinteraksi secara langsung dengan usahawan yang mengambil bahagian serta meninjau pelbagai produk yang dipamerkan. Sesi ini turut memberi ruang kepada usahawan untuk berkongsi perkembangan perniagaan, cabaran yang dihadapi serta perancangan bagi memperluaskan pasaran produk masing-masing.
Turut diadakan ialah pelancaran tiga produk usahawan iaitu Ori Gerik, Chocojar dan The Gaps Pistachio Kunafa. Pelancaran ini mencerminkan keupayaan usahawan bimbingan MARA dalam menghasilkan produk yang kreatif, inovatif dan berpotensi untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas.
Penganjuran Perak Gen Showcase 2026 X EVAS Food Fest merupakan antara usaha MARA dalam menyediakan platform promosi dan pemasaran yang dapat membantu usahawan Bumiputera meningkatkan keterlihatan produk serta meneroka peluang perniagaan baharu.
Program ini turut membuka ruang kepada usahawan untuk memperluaskan jaringan perniagaan, memperkenalkan produk kepada pengguna dan mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran.
Sempena sambutan 60 Tahun MARA pada tahun 2026, pelbagai inisiatif terus dilaksanakan bagi memperluas peluang pembangunan keusahawanan, meningkatkan keupayaan usahawan serta menyokong pertumbuhan perniagaan Bumiputera.
Komitmen ini selaras dengan peranan MARA dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Oleh: shafiz hamzah


