๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐
SEOUL, 24 Jun 2026 โ Penyertaan usahawan program Gate to Global (GTG) MARA dalam Korea Import Expo (KIE) 2026 terus membuahkan hasil apabila beberapa syarikat berjaya memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan strategik dari Korea Selatan bagi memperluaskan pasaran eksport produk tempatan.
Sebanyak 10 syarikat di bawah program GTG MARA menyertai pameran itu, antaranya Jalen Sdn Bhd, Tokku Leko Sdn Bhd, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Hijrah Nature Herbs (M) Sdn Bhd, Chocsvalley Chocolate Sdn Bhd, Najeehah International Sdn Bhd, Pisango Sdn Bhd, NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, Camaria Global Sdn Bhd dan Biofitrah (M) Sdn Bhd.
Sepanjang pameran berlangsung, usahawan turut menyertai sesi padanan perniagaan (business matching) yang membuka peluang untuk mengadakan pertemuan secara langsung dengan pengimport, pengedar dan pembeli berpotensi dari Korea Selatan serta negara lain.
Dalam perkembangan sama, Hijrah Nature Herbs (M) Sdn Bhd bersama BCMJ Global Co. Ltd., serta Pisango Sdn Bhd bersama Jachin F&B Inc. memeterai MoU yang dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama dan mengembangkan rangkaian pengedaran produk Malaysia di Korea Selatan.
Majlis pertukaran MoU tersebut disaksikan oleh Encik Nazarudin Jaafar, Timbalan Duta Malaysia di Korea Selatan, Encik Mohamad Termizi Haji Piee, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Korea Selatan, Encik Mohd Farris Radzuan, Pengarah MARA Negeri Terengganu dan Encik Mohd Zul Faisal Mohamed Zain, Pengarah MARA Korea Selatan.
Terdahulu, Encik Nazarudin Jaafar turut mengadakan sesi walkabout ke reruai usahawan MARA bagi meninjau produk yang dipamerkan serta mendapatkan perkembangan penyertaan syarikat-syarikat GTG MARA sepanjang KIE 2026.
Sesi padanan perniagaan yang diadakan turut memberi peluang kepada usahawan mendapatkan maklum balas terus daripada pemain industri antarabangsa mengenai trend pasaran, cita rasa pengguna dan keperluan pematuhan bagi membolehkan produk mereka menembusi pasaran Korea Selatan dengan lebih berkesan.
Penyertaan dalam KIE 2026 membuktikan komitmen berterusan MARA dalam memperluaskan akses pasaran global kepada usahawan Bumiputera menerusi program Gate to Global (GTG).
Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, inisiatif ini mencerminkan iltizam MARA untuk terus melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu membawa produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Oleh: shafiz hamzah



