𝗞𝗣 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗜𝗡, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝟱𝟬𝟬 𝗥𝗘𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗥𝗔
KUALA LUMPUR, 2 Mei 2026 – Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman mencuri tumpuan apabila hadir menyantuni pemain pada Kejohanan Beregu Terbuka Karom MARA 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini sempena sambutan 60 Tahun Hari MARA.
Diiringi Ahli Pengurusan serta Subsidiari MARA, kehadiran beliau menyuntik semangat kepada lebih 500 regu yang berentap dalam kejohanan anjuran Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM) dengan kerjasama Koperasi Bumira Malaysia itu, yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta mencungkil bakat baharu dalam sukan karom, di samping memperkasa budaya sukan dalam kalangan warga MARA dan komuniti.
Oleh: suhaimi



