๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐
KUALA LUMPUR, 15 April 2026 โ Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dan warga pendidik di peringkat nasional.
Majlis yang berlangsung di Hotel Premiera itu telah dirasmikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ Dusuki, Pengerusi MARA, dengan kehadiran kira-kira 450 jemputan termasuk pengurusan tertinggi MARA, pengetua MRSM dan warga pendidik.
Pencapaian SPM 2025 menyaksikan MRSM terus mencatat prestasi unggul dengan Gred Purata Maktab (GPM) keseluruhan 2.067, manakala 19 MRSM berjaya merekodkan GPM bawah 2.00. Lebih membanggakan, MRSM menguasai lima kedudukan teratas dalam kalangan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Seramai 80 pelajar turut meraih keputusan semua A+ dalam semua subjek, meningkat berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan peranan MRSM sebagai peneraju pendidikan berteraskan STEM.
Majlis ini turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan warga pendidik dalam memastikan kecemerlangan akademik yang konsisten melalui pelbagai inisiatif strategik. Sebagai galakan, MARA memperuntukkan insentif berjumlah RM180,000 kepada MRSM yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk anugerah GPM terbaik dan lonjakan prestasi.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa ekosistem pendidikan berkualiti tinggi serta melahirkan generasi berdaya saing demi masa depan negara.
Oleh: firusafira



