๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜๐—— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ.๐—ก.๐—œ ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š

mara

DUNGUN, TERENGGANU | 20 April 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menunjukkan komitmen dalam memacu pembangunan usahawan profesional Bumiputera melalui Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC). Sebagai manifestasi sokongan tersebut, satu sesi lawatan telah diadakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz ke U.n.i Klinik Dungun, Terengganu semalam.

Cawangan yang kini berkembang pesat di bawah pimpinan Dr. Nur Aqilah Abdullah ini merupakan bukti keberkesanan jenama U.n.i Klinik yang semakin mendapat kepercayaan masyarakat setempat di negeri Terengganu melalui dua (2) cawangan operasinya.

Lawatan ke lapangan ini bertujuan meninjau secara lebih dekat kelangsungan operasi klinik dalam mendepani landskap perniagaan yang semakin mencabar. Susulan konflik geopolitik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global, sektor perubatan swasta turut terkesan dengan peningkatan kos operasi, kenaikan harga bahan api serta inflasi bekalan perubatan.

Lawatan ini juga membuktikan bahawa MARA sentiasa mengamalkan pendekatan โ€œturun padangโ€ bagi memantau prestasi serta perjalanan usahawan di bawah seliaannya. MARA bukan sahaja menyediakan kemudahan pembiayaan, malah terus menyokong melalui bimbingan pengurusan perniagaan bagi membantu usahawan mendepani cabaran semasa dan kekal berdaya saing dalam pasaran

Oleh: shafiz hamzah