𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝟱 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

mara

PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 – Keupayaan MARA mengekalkan standard tadbir urus dan keselamatan perlindungan yang cemerlang terus mendapat pengiktirafan apabila berjaya merangkul Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 dengan penarafan 5 Bintang (Cemerlang), sekali gus membuktikan komitmen organisasi dalam memastikan keselamatan aset, maklumat dan kepentingan kerajaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pengiktirafan tersebut diterima sempena Majlis Penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) serta Sistem e-Vetting 3.0 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya, hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri Abu Bakar, manakala anugerah bagi pihak MARA telah diterima oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Zulfikri Osman.

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merupakan pengiktirafan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menunjukkan tahap pematuhan serta pengurusan keselamatan perlindungan yang cemerlang berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Oleh: hamli