๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ก

mara

PONTIAN, 28 Jun 2026 โ€“ MARA terus memperluaskan usaha memperkasa golongan wanita menerusi penganjuran Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 yang menghimpunkan lebih 300 usahawan wanita sekitar Parlimen Pontian di Dewan Gemilang, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Dr Ismail, Johor.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang pendidikan, pembangunan keusahawanan serta pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA bagi meningkatkan potensi diri dan perniagaan.

Program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pontian yang turut menyampaikan kemudahan pembiayaan MARA kepada lima usahawan.

Beliau juga menyampaikan sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah RM5,000 kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 sekitar Parlimen Pontian.

Peserta turut diberi pendedahan mengenai pelbagai inisiatif MARA termasuk latihan keusahawanan, kemudahan premis perniagaan dan pembiayaan, selain mengikuti sesi perkongsian bertajuk Kursus Wanita Berwibawa: Kekuatan, Ilmu, Kepimpinan dan Akhlak yang disampaikan oleh Puan Norzakiah Yacob.

Dalam ucapan aluannya, Senator Datuk Rosni Sohar selaku Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA berkata penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan perlu terus dipertingkatkan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Turut hadir ialah Encik Faisalludin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Encik A. Razu Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor dan Puan Hajah Hasrunizah Hasan, Ketua Masyarakat Pulai Sebatang.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluaskan peluang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti bersempena sambutan 60 Tahun MARA.

Oleh: shafiz hamzah