๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—จ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 – Penggubalan Rang Undang-Undang MARA 2026 (RUU MARA 2026) dibincangkan bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam sesi libat urus yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bagi mendapatkan pandangan sebelum dimuktamadkan.

Sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat MARA itu menghimpunkan wakil daripada Bank Negara Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi meneliti cadangan berkaitan penggubalan RUU MARA 2026 serta mendapatkan pandangan daripada agensi berkaitan.

Sesi libat urus ini merupakan sebahagian daripada proses penyediaan RUU MARA 2026 yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum melalui proses seterusnya mengikut tatacara perundangan.

Oleh: Hamli