π—£π—˜π—₯π—•π—œπ—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘ π—¦π—˜π—žπ—§π—’π—₯ π—žπ—˜π—¨π—¦π—”π—›π—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑 𝗠𝗔π—₯𝗔

mara

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2026 – Sesi Libat Urus Strategik bersama YBrs. Dr. Hj. Hisham Kamal bin Othman Kamal, Timbalan Pengarah II (Pembangunan Bumiputera), Bahagian Pembangunan Ekuiti, Kementerian Ekonomi. Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA.

Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan Bumiputera melalui perancangan yang lebih strategik, berimpak tinggi dan selaras dengan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Antara fokus utama yang diketengahkan ialah hasrat Sektor Keusahawanan MARA untuk memperkukuh penguasaan usahawan Bumiputera berteraskan komponen 3P, dengan penekanan khusus kepada pembangunan High Growth High Value Business (HGHVB).

Pendekatan ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dan vendor Bumiputera yang berupaya menguasai rantaian nilai industri strategik, meningkatkan daya saing serta menembusi pasaran bernilai tinggi di peringkat nasional dan global.

Selain itu, sesi turut membincangkan keperluan tambahan peruntukan pembangunan usahawan, cadangan pembelian premis di zon ekonomi dan kawasan strategik, penyelenggaraan aset MARA serta inisiatif baharu yang mampu memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan secara menyeluruh.

Perbincangan ini dijangka menjadi asas kepada penyediaan strategi dan inisiatif pembangunan sektor keusahawanan MARA di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), bagi memastikan setiap pelaburan dan program yang dirancang memberi impak yang lebih besar kepada penguasaan ekonomi Bumiputera, khususnya dalam melahirkan usahawan dan vendor berprestasi tinggi dalam sektor-sektor strategik negara.

Oleh: shafiz hamzah