๐—จ๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—˜๐——๐—จ ๐—™๐—”๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—”๐—ญ๐—”๐—›

mara

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 โ€“ UPTM Postgraduate Edu Fair 2026 menjadi platform bersepadu yang menghimpunkan institusi akademik, industri dan komuniti bagi memperluaskan akses kepada maklumat pengajian pascasiswazah serta menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Program anjuran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) itu melibatkan penyertaan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), rakan strategik industri serta masyarakat umum dalam meneroka peluang pendidikan dan pembangunan profesional di peringkat lebih tinggi.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA yang turut mengadakan walkabout ke reruai pameran serta menyaksikan penyerahan surat tawaran, penyampaian sijil profesional dan gimik peluncuran Simposium AI.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan pascasiswazah, menggalakkan lebih ramai graduan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD serta memperluas jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, industri dan agensi strategik dalam melahirkan modal insan berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Turut hadir, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Syiekh, Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Muhamad Nizam Jali, Timbalan Naib Canselor UPTM, Dr. Erfino Johari Timbalan Naib Canselor UPTM, Puan Nazli Hani Pengarah Perundangan Korporat & Kesetiusahaan Kumpulan MARA Corp serta barisan pengurusan kanan UPTM, KPTM dan MARA.

Oleh: zamry