๐Ÿฒ๐Ÿฎ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ

mara

KUALA LUMPUR, April 2026 โ€” Seramai 62 warga MARA yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini diraikan dalam Majlis Penutupan Kursus Haji dan Meraikan Bakal Haji MARA 2026 di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA. Majlis tersebut disempurnakan oleh Datoโ€™ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA yang turut menyantuni serta menyampaikan pesanan kepada para bakal jemaah.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu, niat dan akhlak bagi memastikan ibadah haji dilaksanakan dengan sempurna serta mencapai haji mabrur. Para jemaah turut diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin, kesabaran dan hubungan sesama jemaah sepanjang berada di Tanah Suci. Sebagai tanda sokongan, insentif khas turut disampaikan kepada semua bakal haji.

Majlis ini turut menyaksikan Pelancaran Program Qurban Peduli Ummah Edisi ke-17 dan Pakej Umrah BUKM 2026 oleh Badan Ugama dan Kebajikan MARA. Program qurban tahun ini menyasarkan 60 ekor haiwan korban di dalam dan luar negara, manakala pakej umrah diperkenalkan buat julung kali dengan tawaran istimewa sempena 60 Tahun MARA, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam menyokong kesejahteraan spiritual dan kebajikan warganya.

Oleh: firusafira