Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional
Tujuan
- Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC)
- Meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional
Syarat-Syarat Asas dan Khusus
Syarat-syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat-syarat Khusus
- Golongan Profesional yang diiktiraf dan berdaftar sebagai ahli badan profesional yang berkenaan
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang profesional yang berkaitan mengikut tempoh dan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan usahawan yang berkaitan
- Memenuhi syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh MARA melalui program pembangunan keusahawanan yang berkaitan
Skop Pembiayaan
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Ubah suai Premis Perniagaan
Had Pembiayaan
- Milikan Tunggal/ Perkongsian: RM250,000.00
- Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00
Tempoh Pembiayaan
1-10 tahun @ 12-120 bulan
Jaminan atau Cagaran
- Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Gabungan kedua-duanya sekali
Atau
- Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
4%
Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Notis Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 2 Mei 2024 pada 18:21:15
Ulasan Terkini