PENGENALAN
WAKAF MARA MADANI
Wakaf MARA MADANI telah diumumkan semasa perasmian penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 pada 2 Mac 2024 sebagai satu inisiatif untuk mentransformasi sosio- ekonomi Bumiputera. Wakaf MARA MADANI merupakan Ikhtiar 1, Pemacu 4 : Penciptaan Kekayaan di bawah Pelan-Transformasi-Ekonomi-Bumiputera-2035-PuTERA35.
Wakaf MARA MADANI akan dilaksanakan menggunakan pendekatan end to end waqf player MARA akan terlibat secara proaktif dari fasa pendanaan, pengembangan, pengagihan sehinggalah penyediaan laporan tahunan yang beraudit.
Pelaksanaan Wakaf MARA MADANI (WMM) terdiri daripada 3 fasa iaitu pendanaan, pengembangan dan agihan.
Ulasan Terkini