๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ญ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐๐ฃ๐ง๐ & ๐๐ฃ๐ง๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐
Kota Kinabalu, 8 April 2026 โ Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menggiatkan agenda pembangunan keusahawanan generasi muda melalui pelaksanaan Program NextGenBiz MARA yang melibatkan penyertaan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri Sabah.
Program yang berlangsung semalam di Auditorium Mat Salleh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta University College Sabah Foundation (UCSF) ini merupakan inisiatif strategik MARA dalam melahirkan bakal usahawan muda berdaya saing selaras dengan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
Pelajar IPTA dan IPTS telah menyertai program sehari ini yang menampilkan pelbagai pengisian berimpak tinggi seperti taklimat keusahawanan dan pendidikan MARA, sesi perkongsian kejayaan usahawan MARA, perkongsian berkaitan pendigitalan perniagaan bersama TM Unifi Business, sesi Power Talk bertajuk โIkon Usahawan Berjayaโ oleh pemenang AURA Sabah serta pendedahan mengenai peluang ekosistem sokongan yang disediakan oleh MARA.
Antara pengisian utama ialah sesi perkongsian kejayaan oleh Puan Nor Uyon Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, yang memberi inspirasi kepada peserta mengenai peluang pembangunan usahawan melalui platform dan pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA.
Program turut menampilkan usahawan berjaya Sabah sebagai ikon inspirasi iaitu Puan Lamisah Mamat (Jingsan Hardware) bagi sesi IPTA serta Encik Azizul Julirin (Kundasang Aquafarm) bagi sesi IPTS, yang berkongsi pengalaman sebenar membina perniagaan dari peringkat permulaan sehingga berjaya.
Pelaksanaan NextGenBiz ini turut memberi penekanan kepada aspek pendigitalan perniagaan selaras dengan transformasi ekonomi semasa serta keperluan usahawan muda untuk mengadaptasi teknologi dalam model perniagaan moden.
Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, melahirkan usahawan muda berkemahiran tinggi, mengukuhkan jaringan industri serta ekosistem sokongan MARA, di samping menyokong agenda pembangunan ekonomi Bumiputera di Sabah.
Melalui pendekatan pendedahan awal dan perkongsian pengalaman industri sebenar, MARA optimis lebih ramai graduan akan memilih keusahawanan sebagai kerjaya masa hadapan sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah MARA Negeri Sabah, Dr. Shahrizin Abdul Sarhadat, sebagai tanda sokongan berterusan kepimpinan MARA negeri dalam memperkasa agenda pembangunan usahawan muda di Sabah.
Oleh: shafiz hamzah



