๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ ๐ต๐ญ๐ฎ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
KUALA LUMPUR, 4 Mei 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini meraikan seramai 912 penerima dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur bersempena sambutan 60 Tahun MARA.
Penganjuran majlis ini merupakan penghargaan kepada warga kerja MARA yang menunjukkan prestasi tahunan cemerlang serta komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ Dusuki; serta Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datoโ Zulfikri bin Osman.
Selain menerima pengiktirafan, kesemua penerima APC turut menerima insentif wang tunai yang disalurkan terus ke akaun masing-masing sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan perkhidmatan yang ditunjukkan sepanjang tahun penilaian.
Oleh: suhaimi



