𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟬𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 – Forum ULUNG MARA 60 bertajuk Menjunjung Amanah Ke Arah 100 Tahun MARA menghimpunkan tokoh intelektual terkemuka negara bagi menilai pencapaian pendidikan MARA sepanjang enam dekad serta merangka hala tuju strategik ke arah masa hadapan.
Forum ini menampilkan YBrs Dr Mohd Hafizi bin Shamsudin sebagai moderator bersama barisan panel Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, Datuk Prof Ulung Dr. Harith Ahmad, penerima Anugerah Merdeka 2010 dan Dato Prof Dr Adeeba Kamarulzaman Tokoh Akademik Negara 2023.
Perbincangan memberi tumpuan kepada kekuatan legasi pendidikan MARA serta keperluan transformasi bagi memastikan ia kekal relevan dalam landskap global yang dipacu teknologi inovasi dan perubahan ekonomi.
Selain itu forum turut menekankan peranan pendidikan dalam melahirkan pemimpin berintegriti memperkukuh budaya penyelidikan serta memastikan pendidikan menjadi pemacu nilai ekonomi jangka panjang dan mobiliti sosial yang berimpak tinggi.
Oleh: suhaimi



