πππ’π¦ππ¦π§ππ πππππ π ππ₯π ππ¨ππ ππππ¨ππ‘ π§ππ ππ¨π¦ π£ππ¦ππ₯ππ‘ ππ¨π‘ππ
KUALA LUMPUR, 4 Mei 2026 – Pelancaran Ekosistem Halal MARA membuka laluan lebih luas kepada usahawan Bumiputera untuk menembusi pasaran antarabangsa, sejajar perkembangan pesat industri halal global yang diunjurkan mencecah nilai sekitar USD5 trilion menjelang 2030.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata, ekosistem itu dibangunkan secara menyeluruh merangkumi latihan, pensijilan, pembiayaan, pembangunan produk serta akses pasaran global bagi memperkukuh daya saing usahawan.
Majlis turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MARA dan Maybank Islamic Berhad serta penyerahan surat hasrat (LoI) MARA kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha memperluas kerjasama strategik sektor halal.
Menurut beliau, setakat ini seramai 327 usahawan MARA telah memperoleh pensijilan halal, manakala lebih 1,000 usahawan berjaya dibawa ke pentas global melalui program Gate to Global (GTG) dengan potensi jualan mencecah RM819 juta.
Dalam majlis sama, tiga usahawan menerima pengiktirafan Best Sales Achievement GTG iaitu Opstastar Protein Sdn Bhd bagi GULFOOD Dubai, Pisango Sdn Bhd bagi FOODEX Japan dan Blue Sky Natural Resources Sdn Bhd bagi China Food & Drink Fair (CFDF) Chengdu.
Turut diadakan penyerahan sijil Halal Eksekutif kepada pegawai berkaitan bagi memperkukuh kepakaran dalam industri.
Beliau berkata, sasaran baharu ditetapkan untuk melepasi nilai potensi jualan RM1 bilion tahun hadapan serta menambah sekurang-kurangnya 300 lagi usahawan memperoleh pensijilan halal tahun ini.
Oleh: shafiz hamzah


