π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔π—₯𝗔-π—₯𝗧𝗠 π——π—œπ—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛

mara

Kuala Lumpur, 12 Mei 2026 – Sempena sesi siaran langsung rancangan Biz Malaysia di RTM, TV1 bersama Ketua Pengarah MARA semalam, peluang tersebut turut dimanfaatkan bagi memperkasa jaringan kerjasama strategik dalam penyampaian maklumat pembangunan sosioekonomi Bumiputera kepada masyarakat.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diketuai oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Penyiaran, Encik Aswad Ismail. Pertemuan ini menjadi platform penting dalam mempererat kerjasama antara MARA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), khususnya dalam memperkasakan agenda Bumiputera serta meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan MARA yang lebih cekap, dinamik dan berimpak tinggi selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Oleh: suhaimi