πππ₯πππ¦ππ π π ππ₯π πππ‘ π£ππ₯ππ πππ£ππ₯ππ¨ππ¦, π¨π¦ππππͺππ‘ π§ππ₯π¨π¦ πππππ₯π π§π¨π π£π¨ππ‘
Pulau Pinang, 11 Mei 2026 β Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA telah mengadakan sesi libat urus bersama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan dan pemerkasaan usahawan di negeri Pulau Pinang.
Perbincangan memberi fokus kepada aspek perancangan serta pelaksanaan program pembangunan usahawan, selain memperluaskan jaringan kerjasama melibatkan usahawan MARA dan usahawan bimbingan PERDA.
Turut dibincangkan ialah potensi kolaborasi berkaitan pembangunan serta penglibatan usahawan di PERDA Food Park sebagai platform merancakkan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan tempatan.
Dalam rangka lawatan tersebut, Encik Zahari Aziz turut mengadakan kunjungan ke premis usahawan Bot Industries International Sdn. Bhd. dan Al-Meswak MuβMin Sdn. Bhd. bagi meninjau perkembangan perniagaan serta produk yang dihasilkan oleh usahawan bimbingan.
Lawatan ini turut menjadi medium perkongsian pandangan, pengalaman dan cadangan dalam usaha meningkatkan daya saing usahawan tempatan agar terus berkembang secara mampan dan progresif selaras dengan komitmen MARA dalam memperkasa ekosistem keusahawanan Bumiputera.
Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik terus digerakkan bagi memperluaskan peluang pembangunan usahawan serta memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus relevan, dinamik dan berimpak tinggi kepada masyarakat
Oleh: shafiz hamzah



