𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗣𝗠 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔
Bandar Sunway, 9 Mei 2026 – MARA merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Saudara Adam Luqman bin Noor Azizi, Saudari Ainul Basirah binti Zulkiflee, Saudara Megat Nor Danish Rafiq bin Megat Nor Azam, Saudari Nur Alya binti Mawan Iryawan dan Saudari Syahida Nabilah binti Saupi daripada Kolej Profesional MARA Beranang atas kejayaan menamatkan pengajian perakaunan profesional bersama The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) serta kini berkhidmat di firma perkhidmatan terkemuka dunia The Big Four.
MARA turut mengucapkan tahniah kepada Puan Nurhafiza binti Mohammad dan Puan Mariyam binti Abdul Aziz daripada Kolej Profesional MARA Ayer Molek atas kejayaan menamatkan pengajian perakaunan profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).
Kejayaan ini membuktikan graduan dan warga pendidik MARA terus berupaya melahirkan bakat profesional yang mampu bersaing di peringkat global.
Oleh: firusafira



