π¨π¦ππππππͺππ‘ π§π©ππ§π ππ₯π πππ¦ππ₯π¨ ππ¨ππ¦ππ π§πππ‘π’ππ’ππ πππ‘ π§ππ₯π’ππ π£ππ¦ππ₯ππ‘ ππ‘π§ππ₯ππππ‘ππ¦π
ALOR SETAR, 3 Jun β TVETMARA Alor Setar terus memperkukuh peranannya sebagai medium melahirkan teknousahawan negara dalam bidang dan industri strategik menerusi penganjuran Himpunan Usahawan TVETMARA Alor Setar 2026 yang telah dirasmikan oleh Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA di Aspiration Hall, TVETMARA Alor Setar hari ini.
Program yang menghimpunkan kira kira 150 peserta terdiri daripada usahawan Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot, Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik, alumni, usahawan semasa serta peserta Program Start It Right itu menjadi platform untuk memperluas jaringan perniagaan, berkongsi pengalaman dan meneroka peluang kerjasama dalam kalangan usahawan Bumiputera.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata Program KBNet yang dilaksanakan sejak sedekad lalu telah berjaya melahirkan 192 usahawan Bumiputera sekali gus membuktikan keupayaan pendidikan TVET dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal malah berupaya membangunkan perniagaan dan mencipta peluang pekerjaan.
Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan berasaskan industri dan teknousahawan yang diterapkan oleh TVETMARA memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta terhadap realiti dunia perniagaan serta keperluan semasa industri.
Majlis tersebut turut menyaksikan beberapa inisiatif strategik yang bakal memperkukuh ekosistem teknousahawan TVETMARA termasuk penubuhan Industrial Center of Excellence dalam bidang Teknologi Fabrik, pengwujudan MARA Technopreneur Furniture Association sebagai platform jaringan industri perabot serta usaha memperluaskan penguasaan pasaran dan memperkukuh penjenamaan KBNet di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pada masa yang sama, para teknousahawan TVETMARA turut diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Teknousahawan TVETMARA Alor Setar sebagai penghargaan terhadap pencapaian dan sumbangan mereka dalam pembangunan industri.
TVETMARA Alor Setar juga terus melakar pencapaian membanggakan menerusi kolaborasi strategik bersama Brother Industries melalui penubuhan MARA Brother Training Centre yang bakal menjadi pusat latihan rasmi mesin Brother bagi Zon Utara. Penubuhan pusat latihan ini bertujuan memperkasa pendidikan TVET serta melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan usahawan kreatif dalam bidang sulaman digital dan percetakan tekstil moden.
Pusat latihan tersebut akan dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Brother S3VE Embroidery Machine, Brother M330E Embroidery Machine dan Brother SP1 Sublimation Printing yang membolehkan TVETMARA Alor Setar berfungsi sebagai hab latihan kemahiran dan teknologi Brother bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Beliau turut memaklumkan bahawa TVETMARA Alor Setar terus mencatat pelbagai pencapaian termasuk pengiktirafan Diploma Kemahiran Malaysia Lanjutan Tahap 5 serta pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3 dalam bidang perabot.
Selain itu, Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik melalui jenama FABRISTAR telah melahirkan 124 graduan menerusi 16 kohort pengajian dan membentuk 33 usahawan aktif dengan jumlah jualan keseluruhan hampir RM9 juta.
Kejayaan ini mencerminkan peranan TVETMARA dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mansor Shah bin Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Eksport MATRADE, Encik Rizal Effendy bin Razali, Pengarah MARA Negeri Kedah, Ts. Haji Azman bin Anuar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik mewakili Pengarah TVETMARA Alor Setar serta Encik Harman bin Ahmad, Pengarah MATRADE Wilayah Utara.
Oleh: firusafira



