𝟱𝟬 π—¦π—§π—˜π—¦π—˜π—‘ π—•π—›π—£π—˜π—§π—₯π—’π—Ÿ π—•π—˜π—₯π—”π—Ÿπ—œπ—› π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—§π—˜π—‘π—”π—šπ—” π—¦π—’π—Ÿπ—”π—₯ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—¨π—¦π—œ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž 𝗠𝗔π—₯𝗔 π—œπ—‘π—–.

mara

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd. (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc.) hari ini telah melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol sekitar semenanjung sebagai sebahagian daripada usaha memperluas penggunaan tenaga boleh baharu dan menyokong agenda peralihan tenaga negara.

Pelaksanaan projek pemasangan sistem solar PV ini merupakan hasil kerjasama strategik antara BHPetrol dan MARA Inc. bagi mengintegrasikan teknologi tenaga bersih ke dalam operasi rangkaian stesen minyak.

Ia merupakan salah satu inisiatif yang telah dimeterai melalui majlis menandatangani memorandum yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 23 September 2024.

Inisiatif ini juga dijangka membantu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional.

Majlis pelancaran sistem PV berkenaan dirasmikan oleh Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di stesen BHPetrol, Jalan Genting Klang di Ibu Negara hari ini.

Hadir sama, Encik Faizul Idzhar Ahmad Yazi, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Inc., Tuan Haji Yahaya Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp., dan Encik Fardzi Shah Razali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.

Oleh: zamry