𝗠𝗔π—₯𝗔 π—₯π—”π—œπ—› π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—š π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—£π—˜π—‘π—œπ—Ÿπ—”π—œπ—”π—‘ π—¦π—£π—œπ—‘π—˜

mara

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – MARA terus mencatat kejayaan cemerlang apabila memperoleh Skor Keseluruhan Tahap Tinggi (Unggul) sebanyak 97.4 peratus dalam penilaian Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan MARA dalam membudayakan integriti, mempertingkatkan tadbir urus serta memastikan amalan kerja yang telus, beretika dan berakauntabiliti tinggi dilaksanakan secara menyeluruh di setiap peringkat organisasi.

Kejayaan tersebut turut mencerminkan peranan aktif Unit Integriti MARA dalam menerajui pelbagai inisiatif yang menyokong pengukuhan sistem pengurusan integriti dan governans organisasi.

Kejayaan ini juga didorong oleh pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik termasuk MARA Bebas Rasuah, pemantapan tatakelola organisasi serta usaha berterusan memperkasakan budaya kerja berintegriti selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan sektor awam yang berwibawa, telus dan berakauntabiliti.

Unit Integriti MARA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengarah, pegawai penyelaras serta warga kerja MARA yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang ini.

Pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada MARA untuk terus mempertingkatkan standard integriti dan tadbir urus organisasi, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan serta masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatannya.

Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen berterusan MARA sempena Sambutan 60 Tahun MARA dalam memastikan kecemerlangan organisasi terus dipacu berasaskan nilai integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Oleh: shafiz hamzah