π¨π¦ππππͺππ‘ πͺππ‘ππ§π π§ππ₯π¨π¦ πππππ₯π π£πππ¨ππ‘π π¨π‘π§π¨π πππ₯πππ πππ‘π
RASAH, 25 Julai 2026 – Usahawan wanita bukan sahaja mampu menjana pendapatan keluarga, malah berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi komuniti apabila diberikan peluang, ilmu dan sokongan yang berterusan.
Atas komitmen itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki menyempurnakan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti (PPWK) MARA 2026 Peringkat Rasah yang menghimpunkan kira-kira 200 peserta terdiri daripada usahawan, bakal usahawan dan komuniti setempat.
Program ini membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan pendedahan mengenai kemudahan keusahawanan MARA, selain menimba ilmu berkaitan transformasi digital, pembangunan perniagaan dan pemerkasaan diri bagi membantu mereka kekal berdaya saing.
Dalam majlis sama, tiga usahawan menerima pembiayaan MARA sebagai suntikan modal untuk mengembangkan perniagaan masing-masing, sekali gus mencerminkan komitmen MARA dalam membantu usahawan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Melalui PPWK, MARA terus memperluaskan akses kepada pembiayaan, latihan dan jaringan keusahawanan agar lebih ramai usahawan wanita mampu membina perniagaan yang mampan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Oleh: Hamli



