๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—”, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก

mara

SEREMBAN, 25 Julai 2026 – Membangunkan usahawan bukan sekadar menyediakan pembiayaan, tetapi turut membuka akses kepada ilmu, kemahiran dan jaringan yang mampu mengembangkan perniagaan. Atas hasrat itu, Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti (PPWK) MARA 2026 Peringkat Seremban menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada usahawan, bakal usahawan serta warga komuniti bagi mendapatkan pendedahan mengenai ekosistem keusahawanan MARA.

Program yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA, turut menampilkan pelbagai pengisian termasuk taklimat kemudahan MARA dan Rural Capital Berhad (RCB), ceramah transformasi digital serta sesi pembangunan sahsiah bagi membantu peserta meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan.

Dalam majlis sama, tiga usahawan menerima mock cheque pembiayaan MARA sebagai suntikan modal untuk mengembangkan perniagaan masing-masing, sekali gus membuktikan komitmen MARA dalam membantu usahawan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Selain perkongsian ilmu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama antara MARA, agensi berkaitan dan komuniti setempat dalam memperkasa pembangunan keusahawanan di Negeri Sembilan.

Oleh: Hamli