๐๐๐ญ๐ก๐๐ง๐ช๐ข๐ฅ๐ ๐๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐๐ก ๐ฏ๐ฎ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐จ๐ ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐
KUCHING, 26 Julai 2026 โ BIZNETWORK Fiesta Sarawak kembali untuk edisi kedua dengan menghimpunkan seramai 32 usahawan bimbingan MARA dari seluruh Sarawak bagi membuka lebih banyak peluang pasaran, membina jaringan perniagaan dan meneroka peluang kerjasama bersama pemain industri.
Berlangsung di Plaza Merdeka, Kuching dari 24 hingga 26 Julai, program anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA itu turut menjadi medan kepada usahawan daripada pelbagai sektor untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat serta bakal rakan niaga.
Semalam, majlis perasmian BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang yang diiringi oleh YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Yasin, Ahli Majlis MARA, sebelum menyampaikan kemudahan pembiayaan dan geran pembangunan MARA berjumlah RM333,000 kepada empat usahawan sebagai sokongan untuk mengembangkan perusahaan mereka serta mengadakan sesi walkabout ke reruai usahawan bagi meninjau pelbagai produk, inovasi dan pengisian yang disediakan sepanjang penganjuran BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026.
Sepanjang tiga hari penganjuran, BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 menawarkan pelbagai pengisian yang bukan sahaja merancakkan aktiviti jualan, malah membuka ruang kepada usahawan membina jaringan perniagaan, meneroka peluang kolaborasi dan memperkenalkan inovasi kepada pasaran yang lebih luas.
Antara pengisian utama ialah sesi padanan perniagaan, promosi jualan menerusi TikTok Live, demonstrasi produk serta pelancaran lima produk baharu yang mencerminkan kreativiti dan daya saing usahawan bimbingan MARA.
Antara tarikan utama BIZNETWORK Fiesta Sarawak edisi kedua ialah segmen MARA in Fashion (MiF) Fashion Runway yang mengetengahkan pereka fesyen tempatan Sarawak bersama bakat TVET daripada pelatih GIATMARA Mambong. Mereka mempersembahkan koleksi rekaan eksklusif bertemakan “Borneo Reimagined โ Meraikan Warisan Pribumi Sarawak dalam Citra Fesyen Kontemporari” yang mengangkat keunikan warisan budaya negeri itu dalam interpretasi fesyen kontemporari.
Pertunjukan tersebut turut diserikan dengan penampilan khas pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Tom Abang Saufi, yang memperagakan koleksi rekaan eksklusif beliau.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, BIZNETWORK Fiesta telah menghimpunkan seramai 1,618 usahawan dengan nilai jualan keseluruhan mencecah RM43 juta.
Pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan inisiatif ini dalam membantu usahawan meningkatkan kebolehpasaran produk, mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang pasaran baharu, selaras dengan komitmen MARA melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Oleh: shafiz hamzah


