RURAL BRAND OUTLET (RBO)


Latar Belakang
- Menyediakan platform pemasaran kepada produk usahawan bimbingan KPLB yang berpotensi.
- Berkonsepkan pusat sehenti yang memasarkan produk-produk usahawan desa yang terpilih dan berpotensi
- Konsep pasar mini premium yang menempatkan produk usahawan desa yang terpilih berdasarkan tiga kluster iaitu makanan, fesyen dan kraf.
- Produk-produk yang terpilih untuk dipasarkan merupakan produk yang berpotensi tinggi dan mempunyai kualiti untuk pasaran eksport.
Objektif
- Menyediakan platform jualan yang tetap kepada usahawan terpilih.
- Membantu usahawan memajukan perusahaan dan meningkatkan hasil jualan produk.
- Membantu usahawan mengenalpasti potensi produk.
- Mempromosikan produk usahawan desa ke peringkat nasional.
- Menyediakan peluang kerja kepada warga tempatan secara tidak langsung dengan pertambahan pengeluaran produk.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan desa.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar program ini terdiri daripada usahawan desa yang telah mendapat bimbingan KPLB.
Antara syarat kelayakan:
- Merupakan usahawan yang mempunyai alamat perniagaan di kawasan parlimen luar bandar yang bernaung di bawah KPLB dan/ atau agensi KPLB iaitu MARA, KEMAS, INFRA, KEDA, PERDA, KESEDAR, KETENGAH DAN KEJORA;
- Usahawan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
- Usahawan mempunyai entiti perniagaan yang aktif dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun dari tarikh permohonan;
- Produk yang dipasarkan merupakan produk buatan Malaysia. Produk usahawan desa yang mempunyai sijil HALAL, MESTI, GMP dan HACCP akan diberi keutamaan.
Outcome
- Menyediakan peluang kerja kepada warga tempatan secara tidak langsung dengan pertambahan pengeluaran produk.
- Mempromosikan produk usahawan desa ke peringkat nasional.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan desa.
Gambar Program
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]






