Program Halal Mart (Halmart) merupakan satu program pemadanan antara pengusaha pasaraya dengan pengeluar produk PKS.
Program pemasaran produk F & B di kedai Mesra Petronas. Kedai Mesra Petronas merupakan satu platform pemasaran produk PKS yang sangat baik kerana ia merupakan platform “fast moving” bagi produk makanan dan minuman
Program kerjasama MARA-Petronas membangunkan usahawan automotif melalui pusat servis berkonsep dan tenaga kerja mahir.
Outlet berkonsepkan pengumpulan rangkaian produk usahawan desa premium yang berkualiti di satu pusat sehenti “one stop centre”.
Program Pengurusan Restoran bukan sahaja tertumpu kepada aspek kualiti dan rasa hidangan yang menepati citarasa pelanggan, malah ia juga menitikberatkan aspek seperti keselamatan makanan, kebersihan, khidmat pelanggan, keselamatan persekitaran, peralatan, produk, pemasaran dan sumber manusia dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing restoran serta memperkukuhkan jenama restoran dalam industri makanan dan minuman.
Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang farmasi. Ia merupakan satu jaringan farmasi Bumiputera di bawah satu jenama dan satu konsep yang mampu menawarkan perkhidmatan profesional.
Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perubatan. Ia merupakan satu jaringan klinik Bumiputera di bawah satu jenama iaitu U.n.i KLINIK (You and I) dengan menawarkan perkhidmatan premium di bawah satu sistem yang cekap dengan harga mampu milik.
Merupakan Program Pembangunan Usahawan (ProSPEC) dalam bidang pergigian. Ia merupakan satu jaringan klinik pergigian di bawah satu konsep dengan jenama U.n.i Dental yang mampu menawarkan perkhidmatan profesional
Program pembangunan teknousahawan elektrik. Ia merupakan satu jaringan outlet perniagaan di bawah satu konsep dengan jenama ProPower.
Ulasan Terkini