PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN RESTORAN (PROPER)


Industri perkhidmatan makanan yang berkonsepkan restoran merupakan industri yang berkembang pesat di Malaysia. Di dalam pengurusan restoran, selain daripada kualiti dan rasa hidangan yang menepati citarasa pelanggan, aspek-aspek lain juga perlu diberi tumpuan seperti keselamatan makanan, kebersihan, khidmat pelanggan, keselamatan persekitaran, peralatan, produk, pemasaran dan sumber manusia.
- Meningkatkan prestasi pengurusan operasi restoran dan kemampuan daya saing dikalangan pengusaha restoran.
- Memahami kepentingan dan keperluan dalam pembangunan produk dan penjenamaan restoran bagi meningkatkan jualan dan keuntungan seterusnya memastikan perniagaan kekal berdaya tahan.
- Kumpulan Sasar (T1-PROTECT & T2-SCALE UP
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia dari 18 tahun hingga 60 tahun;
- Perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
- Mempunyai premis peniagaan yang tetap dan telah mendapat lesen serta kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Melibatkan diri secara sepenuh masa dalam perniagaan; dan
- Pemilik komited dan boleh mengikuti semua sesi latihan yang dijalankan.
- Pewujudan pengusaha restoran Bumiputera yang mempunyai konsep dan imej tersendiri serta menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan berkualiti;
- Peningkatan bilangan restoran yang mempunyai persijilan halal dan BeSS;
- Peningkatan jualan restoran sekurang-kurangnya 20% hingga 30% selepas setahun menyertai program;
- Menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]







