HALAL MART (Halmart)


Program Pembangunan Peruncitan MARA: Halal Mart (Halmart) merupakan satu program bagi memperkasakan pengusaha-pengusaha halal mart dengan fasiliti yang disediakan oleh MARA yang mampu menambah keyakinan syarikat Bumiputera sebagai pesaing kepada kedai serbaneka lain di samping memperkukuhkan usahawan Bumiputera di dalam pasaran peruncitan.
- Memperkasakan sebanyak 10 kedai serbaneka berkonsepkan Halal Mart bagi meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran runcit di samping memudahkan akses pengeluar produk makanan kepada pasaran.
- Membantu pengeluar produk terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasarkan produk sekaligus menyumbang kepada peningkatan peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
- Mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dibangunkan dengan pensijilan standard bagi peningkatan kualiti produk seperti Halal, GMP, HACCP dan sebagainya.
- Meningkatkan kecekapan operasi syarikat melalui penggunaan sistem yang lebih baik dan berkesan.
Pengusaha Kedai Serbaneka sedia ada:
- Mempunyai lebih 2,500 SKU produk
- Minimun jualan tahunan RM1 juta
- Telah beroperasi sekurangnya 1 tahun
- Mempunyai pendaftaran perniagaan SSM
Pengeluar Produk PKS:
- Produk makanan dan minuman
- Konsep, bentuk dan saiz pembungkusan yang menarik dan menepati kehendak pasaran
- Maklumat wajib yang perlu ada pada setiap pelabelan.
- Barkod
- Tarikh pengilang dan tarikh luput
- Halal dan lain-lain pensijilan (bergantung pada penerimaan Halal Mart)
Pengusaha Halal Mart
- Peningkatan jualan syarikat sebanyak 20%.
- Memperkasakan 15 kedai serbaneka yang berkonsepkan Halal Mart.
- Mengembangkan rangkaian perniagaan usahawan dengan pertambahan bilangan cawangan.
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Usahawan Pengeluar
- Peningkatan jualan sebanyak antara 10% hingga 15%.
- Meluaskan segmen pasaran produk
- Sekurang-kurangnya sebanyak 300 SKU dipasarkan
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]







