SOALAN LAZIM

KOLEJ PROFESIONAL MARA

SOALAN LAZIM – KOLEJ PROFESIONAL MARA

Program Intensif Bahasa Inggeris, Kolej Profesional MARA (KPM)

Tarikh Kemaskini : 16 Jun 2021

Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) adalah program pengajian jangka pendek selama DUA (2) bulan untuk pelajar yang telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN TETAPI mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris serta LULUS dalam subjek Matematik.

Pelajar memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk subjek :

  1. Bahasa Melayu;
  2. Dua (2) subjek lain; DAN
  3. Bahasa Inggeris (Lulus sekurang-kurangnya Gred D)
  4. Matematik (Lulus sekurang-kurangnya Gred E)

Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam peperiksaan program IEP layak memohon untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) dan sekurang-kurangnya Gred B bagi meneruskan pengajian ke program Diploma in Halal Industry.

Pelajar lepasan IEP TIDAK DIBENARKAN memohon program Diploma in English Communication.

Program diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA (KPM) adalah seperti berikut :

  1. Diploma in Accounting (DIA)
  2. Diploma in Business Studies (DBS)
  3. Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  4. Diploma in Computer Networking (DCN)
  5. Diploma in Computer Systems (DCS)
  6. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  7. Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)
  8. Diploma in Entrepreneurship (DEn)
  9. Diploma in Islamic Banking & Finance (DBF)
  10. Diploma in Halal Industry (DHI)
  11. Diploma in International Business (DIB)
  12. Diploma in Marketing (DMk)
  13. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  14. Diploma in English Communication (DEC)

Syarat am kemasukan ke Kolej Profesional MARA adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bumiputera;
  3. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 dan tahun sebelumnya;
  4. Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun.

Pelajar akan mempelajari subjek Bahasa Inggeris seperti Listening & Speaking, Reading, Writing dan Grammar secara intensif selama dua (2) bulan pengajian.

Pemohon boleh melayari laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di alamat http://apponline.mara.gov.my/upimonline. Pendaftaran adalah percuma.

Pelajar IEP Kolej Profesional MARA yang ditawarkan pengajian akan disediakan kemudahan seperti berikut:

  1. Yuran pengajian (tuition fee) selama dua (2) bulan ditanggung sepenuhnya oleh MARA.
  2. Penginapan asrama adalah secara percuma.
  3. Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM250.00 sebulan akan dibayar kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian IEP dan kemudian mendaftar sebagai pelajar Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) pada sesi kemasukan berikutnya.
  4. Tiket penerbangan pergi dan balik Kelas Ekonomi sekali dalam pengajian bagi anak kelahiran negeri Sabah yang menetap di luar negeri Sabah. Pelajar perlu mengemukakan tiket asal bagi urusan bayaran balik tiket penerbangan.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM75.00 sahaja yang perlu dibayar melalui aplikasi MARAeps atau boleh dibayar melalui laman sesawang MARAeps di alamat http://bayar.maraeps.my/login.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:

Telefon: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077

WhatsApp : 011-58521184

Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara

Twitter     : https://twitter.com/Hi_EduMARA

Instagram : https://www.instagram.com/hiedumara/

Telegram : https://t.me/HiEduMARA

E-mel : upim.bpt@mara.gov.my

Pengambilan dan Penempatan Pelajar

2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan sesi Jun

2 hingga 3 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.

Tidak boleh

Pendaftaran Pelajar Baharu

Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baharu adalah wajib.

Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar semasa melapor diri.

Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimana pun MARA berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.

Tawaran akan terbatal.

Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baharu.

Tidak boleh. Sebarang pertukaran program atau kolej tidak dibenarkan.

Tidak.

Kebajikan, Kemudahan Disediakan

Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM.

Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.

Ya. Semua pelajar baharu diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

Tidak. Walau bagaimana pun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.

Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.

Tidak boleh. (Namun begitu bergantung kepada budi bicara Pengawal Pusat (Pengarah Kolej) bagi kes-kes tertentu).

Program Pengajian

Pelajar boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS atau berkerja di sektor awam dan swasta.

Kesemua program pengajian di KPM telah mendapat akreditasi MQA.

Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPM.

*Tertakluk kepada kursus serta syarat yang ditentukan oleh MARA iaitu di Institusi seperti berikut:-

i. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KUPTM dan UniKL.
ii. IPTS yang berdaftar dengan MARA
*Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahgian Penganjuran Pelajaran MARA.

Latihan industri diwajibkan bagi program tertentu yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi