SOALAN LAZIM
KOLEJ PROFESIONAL MARA
Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan sesi Jun
Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya samada berjaya atau gagal?
2 hingga 3 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.
Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran.
Tidak boleh
Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baharu?
Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baharu adalah wajib.
Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar semasa melapor diri.
Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?
Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimana pun MARA berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.
Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?
Tawaran akan terbatal.
Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baharu.
Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri?
Tidak boleh. Sebarang pertukaran program atau kolej tidak dibenarkan.
Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?
Tidak.
Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPM?
Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM.
Siapakah yang layak menerima elaun pelatih?
Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.
Adakah saya layak tinggal di asrama?
Ya. Semua pelajar baharu diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.
Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
Tidak. Walau bagaimana pun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.
Siapakah yang akan membayar sewa penginapan pelajar yang tinggal di luar asrama?
Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.
Adakah pelajar baharu boleh membawa kenderaan sendiri?
Tidak boleh. (Namun begitu bergantung kepada budi bicara Pengawal Pusat (Pengarah Kolej) bagi kes-kes tertentu).
Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
Pelajar boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS atau berkerja di sektor awam dan swasta.
Adakah kesemua program pengajian di KPM mendapat pengiktirafan MQA?
Kesemua program pengajian di KPM telah mendapat akreditasi MQA.
Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS ini memberi pemindahan kredit?
Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPM.
Adakah pihak MARA akan memberi kemudahan pinjaman bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah di IPTA/IPTS?
*Tertakluk kepada kursus serta syarat yang ditentukan oleh MARA iaitu di Institusi seperti berikut:-
i. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KUPTM dan UniKL.
ii. IPTS yang berdaftar dengan MARA
*Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahgian Penganjuran Pelajaran MARA.
Adakah pelajar KPM dikehendaki menjalani latihan industri?
Latihan industri diwajibkan bagi program tertentu yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi