SOALAN LAZIM

E-BAKI

SOALAN LAZIM E-BAKI

Bahagian A: Maklumat Am

Penangguhan Bayaran Balik

Penangguhan bayaran balik hanya dipertimbangkan sekiranya peminjam melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa sahaja.

Jika memenuhi kriteria di atas, peminjam perlu memohon rayuan permohonan penangguhan bayaran balik ke Bahagian Kawalan Kredit.  Sertakan sekali surat pengesahan sedang belajar daripada IPT yang mempunyai maklumat :-

  1. Nama program/kursus yang diambil
  2. Tarikh mula pengajian
  3. Jangkaan tarikh tamat pengajian

Status permohonan penangguhan bayaran balik boleh disemak dan dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

Jadual Bayaran Balik 

Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7 selepas pelajar tamat tajaan.

Bermula tahun 2017, MARA tidak lagi menghantar Jadual Bayaran Balik secara pos. Jadual Bayaran Balik boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

Bayaran Balik

a) Bayaran balik digalakan dilakukan melalui perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA iaitu MARAeps.

MARAeps boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui platform berikut;

  1. Laman sesawang – https://bayar.maraeps.my/
  2. Aplikasi Android di GooglePlay– MARAeps
  3. Aplikasi iOS di Applestore– MARAeps

b)Bayaran balik boleh juga dilakukan di Pejabat MARA Daerah/Negeri yang berdekatan, Pejabat Pos, melalui potongan gaji majikan, pengeluaran KWSP atau melalui sistem perbankan atas talian (online banking). Maklumat lanjut boleh rujuk di LAMPIRAN – SALURAN KEMUDAHAN BAYARAN

Ya, boleh.

Peminjam pelajaran MARA yang berhasrat membayar balik pinjaman pelajaran menggunakan akaun II,  KWSP perlu memohon secara online di Laman Web KWSP.

Sila maklum bahawa, syarat kelayakan e-Pengeluaran tertakluk kepada pihak KWSP.

Panduan ringkas permohonan  melalui Laman Web KWSP :

Langkah 1 :

Login ke i-Akaun ahli (peminjam perlu daftar sebagai ahli terlebih dahulu)

Pastikan No. MARA digunakan sebagai no. rujukan dalam transaksi permohonan. Sila rujuk https://apps.mara.gov.my/ebakiv2 untuk dapatkan no MARA dan baki pinjaman.

Langkah 2 :

Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.

Langkah 3 :

Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Bayaran balik boleh dijelaskan sebagaimana berikut :

BilKaedahTindakan PelajarKesan
 1.Membuat

Telegraphic Transfer (TT) terus ke akaun bank MARA di Bank Islam Malaysia

Berhad Cawangan

Medan MARA

Nama akaun : Majlis

Amanah Rakyat (Akaun Penerimaan) A/C NO. 1404101007772 SWIFT NO. :

BIMBMYKL

Membuat Telegraphic

Transfer serta

memaklumkan   butiran bayaran kepada MARA untuk diselaraskan ke lejer peminjam.

Cepat tetapi tidak digalakkan

kerana kesukaran mengenalpasti penerimaan.

Amaun  yang diterima oleh bank MARA mungkin tidak sama dengan amaun yang dihantar oleh pelajar.

 2.Menghantar Bank

Deraf  kepada

Bahagian Kewangan MARA, Kuala Lumpur.

Membuat Bank Deraf dan hantar melalui posKadar caj yang tinggi akan dikenakan oleh bank dan tempoh masa yang lama untuk penunaian (3-4  minggu) Bank Deraf.

Amaun yang diterima oleh MARA mungkin tidak sama dengan amaun  yang dihantar oleh pelajar.

 3.Direct

Debit/Perbankan Internet dari akaun bank di Malaysia

Mempunyai akaun bank di Malaysia yang mempunyai  kemudahan

perbankan internet dan

usahasama dengan MARA iaitu Bank Islam, Bank

Rakyat, Maybank, AMBank, CIMB Bank, Public Bank dan RHB Bank.

Bayaran akan diakaunkan ke lejer peminjam dalam tempoh 3 hari bekerja.

Terdapat caj bank setiap transaksi.

Tidak melibatkan kadar pertukaran matawang asing.

4.Perkhidmatan atas talian MARAepsMempunyai akaun bank di Malaysia dan membuat bayaran melalui FPX atau daftar e-Mandate (Direct Debit)4 hari bekerja untuk /baki akaun anda dikemaskini

nilai Tiada caj transaksi
Tidak melibatkan kadar pertukaran matawang asing.

Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji (Borang LPP 20A dan 20B/20C) dalam 3 salinan yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit MARA atau mencetak borang tersebut dari laman web www.mara.gov.my

a) Anda boleh mendaftar untuk menggunakan kemudahan Direct Debit melalui MARAeps. Kutipan bayaran terus dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kredit pembayar yang berdaftar dengan bank tempatan.

b) Anda dikehendaki berurusan dengn pihak bank berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Sila pastikan pihak bank menyatakan nama, no. kad pengenalan dan no. akaun pelajar setiap kali transaksi bayaran kepada MARA dibuat.

Pengurangan Bayaran Balik

Ya, layak untuk memohon pengurangan bayaran balik.  Peminjam boleh buat permohonan melalui sistem e-Baki melalui url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Peminjam perlu jelaskan bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA.  Akaun ini mempunyai 12 digit yang bermula 3303XXXXXXXX.

Status permohonan juga boleh disemak melalui sistem ini.

Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan. Tempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain. Sila hubungi Unit Pengurangan di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Emel: econversion@mara.gov.my

Nombor Telefon: 03-40108800 / 8801 / 8802
Waktu Operasi : Hari Isnin-Jumaat : 8.00 pagi – 5.30 petang
(Waktu Rehat : Isnin -Khamis : 1.00 – 2.00 petang / Jumaat : 12.15-2.45 petang)

Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunan secara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

Senarai Hitam 

Peminjam perlu menyelesaikan tunggakan untuk proses pemutihan pinjaman.  Peminjam perlu memaklumkan Bahagian Kawalan Kredit MARA dengan menyertakan bukti pembayaran untuk pengesahan bayaran telah dibuat.

Resit Bayaran 

Resit bayaran tidak akan dikeluarkan sekiranya bayaran dibuat melalui perbankan internet, kaunter bank dan Pejabat Pos. Pengesahan Bayaran / Slip Bayaran adalah bukti pembayaran.

Semakan Bayaran 

Baki dan penyata kewangan boleh disemak secara online melalui sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA ataupun dengan menghubungI pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga (3) hari (hari bekerja) bayaran dilakukan.

Pengemaskinian di e-Baki  adalah dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) daripada tarikh pembayaran.

Surat Penyelesaian Pinjaman  

Surat penyelesaian pinjaman boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

Bahagian B: Lain-Lain

Pertukaran Alamat

Anda boleh memaklumkan kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA melalui emel/surat/telefon disusuli dengan salinan kad pengenalan atau bil-bil utiliti yang tercatat alamat terkini.

Semakan Sebagai Peminjam Atau Penjamin

Ya, semakan boleh dibuat secara online melalui system e-Baki  atau pun dengan menghubung pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA.

Nombor Rasmi Untuk Dihubungi

Anda boleh hubungi talian rasmi seperti berikut:

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA: 03-40108800 / 8801 / 8802

Saluran Kemudahan Bayaran