MRVEX


Latar Belakang
- Industri rel dalam negara telah berkembang pesat dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini yang mana nilai pelaburan adalah sekitar 160 billion sehingga tahun 2030. Antara projek rel yang telah diluluskan oleh kerajaan adalah Transit Aliran Massa 2 (MRT 2), Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3), Projek Landasan Berkembar Gemas Johor Bharu dan Klang Valley Depot Terminal (KVDT).
- Industri ini telah mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan di dalam semua segmen industri rel negara yang melibatkan pembinaan landasan, signalling, communication, power & electrification, rolling stock dan penyelenggaraan landasan dan keretapi.
- Bagi menyokong dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang rel, pihak MARA telah menubuhan Universiti Kuala Lumpur Asia Rail Institute (Asia Rail) pada 23 Mac 2016 bagi menerajui sektor Pembangunan Modal Insan (PMI) dalam industri rel yang berkembang pesat di peringkat nasional dan global.
- Program MARA Rail Vendor Elevation Program (MRVEX) dirangka untuk memperkasakan (T2) 10 vendor/usahawan Bumiputera dalam industri rel dengan meningkatkan keupayaan dan kapasiti syarikat melalui kursus dan latihan berstruktur yang disediakan oleh MARA dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan UniKL.
Objektif
- Memperkasakan vendor Bumiputera dalam industri rel.
- Mengadakan kerjasama strategik dengan pemain industri bagi meningkatkan peluang perniagaan dan pekerjaan.
- Memastikan vendor mendapat pensijilan dari KTMB
Kumpulan Sasar
Vendor rel yang mempunyai kriteria di bawah :
- Syarikat Vendor bertaraf Sendirian Berhad.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan pernah memperolehi projek bidang rel.
- Berpengalaman dalam bidang rel sekurang-kurangnya 2 tahun
Outcome
- Peningkatan pendapatan vendor 20%-30%.
- Menjana lebih 200 peluang pekerjaan kepada golongan Bumiputera.
- 10 vendor Bumiputera yang lengkap dengan Sijil KTMB tersedia bagi keperluan industri menjelang 2020.
Gambar Program
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]







