Negeri Kelantan
Kami sedia membantu meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat serta menyelesaikan masalah melalui kaedah tertentu.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Pemudahcara-pemudahcara yang dilantik khusus oleh MARA.

APA ITU COACHING AND MENTORING?
Coaching and Mentoring merujuk kepada proses membimbing usahawan daripada coach dan mentor yang berkepakaran dan berpengalaman bagi tujuan membangunkan usahawan dan memantau prestasi syarikat. Syarikat akan mendapat bimbingan terus daripada coach dan mentor iaitu pemudahcara yang terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan syarikat korporat.
KENAPA SYARIKAT MEMERLUKAN BIMBINGAN?
- Membangunkan potensi syarikat ke tahap yang lebih tinggi
- Memantau prestasi dan perkembangan syarikat secara lebih dinamik dan sistematik
- Menjadikan coach dan mentor sebagai pakar rujuk kepada usahawan dalam menyelesaikan masalah serta tindakan oleh syarikat
BAGAIMANA CARA MEMOHON?
Isi borang di bawah atau anda boleh berhubung terus dengan Pejabat MARA Negeri (PMN) atau Pejabat MARA Daerah (PMD) yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut