PENDIDIKAN

INSTITUSI PENDIDIKAN TVET

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)

Pada tahun 1991, German-Malaysian Institute (GMI) iaitu sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran telah ditubuhkan. GMI menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang. Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.