PENDIDIKAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PROGRAM PERKEMBANGAN PELAJAR

Program Pembangunan Pelajar diadakan bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang berkembang secara holistic melalui Pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah berdasarkan Nilai Teras MRSM iaitu Saintifik, Independent, Kreatif, Amanah dan Patriotik. Program ini telah diatur sebagai satu usaha mewujudkan insan yang kamil dan berpersonaliti dinamik. Antara program yang diadakan adalah;

Program Pembangunan Diri Pelajar

  • Kursus Penyesuaian Diri.
  • Kursus Kemahiran Komunikasi.
  • Kursus Adab.
  • Perkembangan Kerjaya.
  • Program Amal Islami.
  • Program Mini Ulul Albab (selain MRSM Ulul Albab).

Program Pembangunan Homeroom

  • Pelaksanaan Modul Homeroom kepada semua pelajar.
  • Konvensyen Homeroom MRSM Se-Malaysia.
  • Majlis Anugerah Homeroom.

Program Kepimpinan Pelajar

  • Pelantikan Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
  • Program Kepimpinan Pelajar anjuran Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP).
  • Konvensyen Kepimpinan MRSM.

Program Pembangunan Kesihatan

  • Program pencegahan (ceramah kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia).
  • Suntikan Imunisasi kepada pelajar mengikut keperluan umur seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pemeriksaan dan rawatan gigi.

Kebajikan

  • Penyediaan Bantuan Kewangan kepada pelajar yang tidak berkemampuan (pengecualian bayaran wang caruman dan pemberian wang saku).
  • Program Bantuan untuk Pendidikan (BUDI).
  • Pemberian bantuan kepada pelajar yang terlibat dengan kemalangan dan kematian.

Kediaman Asrama dan Dewan Selera

  • Setiap MRSM menyediakan asrama bagi semua pelajar.
  • Dewan Selera menyediakan makanan sebanyak lima kali sehari berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Badan Permuafakatan Ibu Bapa (MUAFAKAT)

  • MUAFAKAT berperanan memberi sokongan kepada Sistem MRSM dari aspek cadangan penambahbaikan, kewangan, kepakaran waris dan sebagainya.
  • Penglibatan aktif MUAFAKAT dalam Program Pembangunan Pelajar.
  • Aktiviti MUAFAKAT pada peringkat MRSM diselaraskan oleh MUAFAKAT Kebangsaan.

Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA)

  • ANSARA berperanan memberi sokongan kepada Sistem MRSM dari aspek pembinaan jaringan hubungan antara MRSM dan bekas pelajar, perkongsian kepakaran kepada pelajar semasa, sumbangan kewangan serta penyediaan kajian pengesanan pelajar MRSM.
  • Aktiviti ANSARA pada peringkat MRSM diselaraskan oleh ANSARA Kebangsaan.