Pengenalan kepada Program Pembangunan Bakat Muda (YTP)
Dikhususkan kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti Program Persediaan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar cemerlang dari golongan B40 dan M40 khususnya golongan miskin bandar dan luar bandar.
Program Persediaan: IB/A-Level / Foundation/Pra Universiti/Program Persediaan ke Universiti “non-native English speaking countries”.
Laluan ke 10 Universiti Terbaik Mengikut Negara dan 30 Universiti Terbaik Dunia Mengikut Bidang (Top 10 University by Country and Top 30 University by Subject) setelah tamat peringkat persediaan.
Syarat Permohonan
Cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun semasa
Keutamaan pada Kumpulan B40
Lulus Program MARA Student Assessment Programme (MSAP)
Penglibatan aktif dan cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum
Berumur 18 tahun pada tahun permohonan
Syarat Penajaan
Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
Ibu dan bapa/Penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa
Lain-lain
Bidang keutamaan adalah Computing, Health Science and Medicine, Engineering, Arts and Design, Social Science (C.H.E.Ar.S)
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di dalam negara atau di luar negara