INFO DANA WAKAF
WAKAF MARA MADANI
Dari sudut bahasa: Berhenti, menahan & menghalang.
Dari segi istilah: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT
“Apabila mati anak Adam, maka terputus segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”
– Riwayat Muslim
Wakaf MARA MADANI (WMM) merupakan satu platform yang diwujudkan untuk mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan menguruskannya secara professional dengan prinsip syariah. Dana WMM akan dikembangkan dan hasil pelaburan yang terkumpul akan diagihkan bagi tujuan Pendidikan, keusahawanan, kebajikan, pengangkutan, kesihatan dan aset wakaf .
MARA juga telah dilantik sebagai Mutawalli oleh pihak MAIWP yang akan bertindak untuk mengurus dan mentadbir dana wakaf, mengembangkan serta mengagihkan manfaat hasil dana wakaf.
Wakaf MARA MADANI (WMM) menggabungkan konsep wakaf dan pelaburan bagi memastikan sumbangan anda kekal berterusan. Dana wakaf anda akan sentiasa dikekalkan untuk pelaburan dan pulangan hasil pelaburan tersebut akan digunakan untuk menyalur manafaat kepada 6 sektor iaitu Pendidikan, Keusahawanan, Pengangkutan, Kebajikan serta aset wakaf.
Ulasan Terkini