๐๐ข๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ง๐ฌ
SHAH ALAM, 24 Mei 2026 โ Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menganjurkan Golf Korporat MARA 2026 yang menghimpunkan seramai 112 peserta melibatkan wakil agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), subsidiari MARA serta syarikat korporat strategik.
Kejohanan yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club itu turut melibatkan penyertaan daripada 27 agensi dan industri, sekali gus menjadi platform dalam memperluas jaringan strategik serta mengeratkan hubungan kerjasama antara MARA dan pelbagai pihak berkepentingan.
Dato’ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA dalam ucapannya berkata, Golf Korporat MARA 2026 bukan sekadar aktiviti riadah dan sukan, malah menjadi platform interaksi tidak formal yang membuka ruang kepada hubungan profesional lebih erat serta potensi kolaborasi strategik pada masa hadapan.
Menurut beliau, penganjuran program seperti ini turut menyemai semangat kesukanan, kerja berpasukan dan budaya hidup sihat, selain mengukuhkan hubungan antara MARA bersama agensi kerajaan, GLC dan sektor korporat.
Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran Golf Korporat MARA 2026 menggambarkan komitmen MARA sebagai sebuah Unified Entity melalui penglibatan menyeluruh warga MARA, subsidiari dan rakan strategik dalam satu ekosistem kolaboratif.
Seiring aspirasi sambutan 60 Tahun MARA, program ini turut mencerminkan usaha berterusan institusi itu dalam memperluas jaringan strategik demi melestarikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan atas semangat kesukanan dan penyertaan aktif sepanjang kejohanan berlangsung yang turut disempurnakan oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim, Ahli Majlis MARA.
Oleh: shafiz hamzah



