𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗜𝗦𝗧𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

mara

KOTA KINABALU, 25 Mei 2026 – Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman di Istana Seri Kinabalu bagi membincangkan agenda pembangunan pendidikan serta modal insan di negeri Sabah.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Asyraf memaklumkan hasrat MARA untuk menamakan semula Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kinarut sebagai MRSM Tun Musa Aman sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan besar Tun Musa dalam pembangunan pendidikan di Sabah.

Cadangan itu turut dizahirkan bagi pihak YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Upacara pemasyhuran pertukaran nama MRSM berkenaan dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Pertemuan berkenaan turut menyentuh pembangunan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di Sabah pada masa hadapan serta usaha memperkukuh kebolehpasaran modal insan khususnya dalam kalangan golongan muda Sabah bagi melahirkan bakat yang berdaya saing, memenuhi keperluan industri dan menyokong pembangunan negeri serta negara.

Oleh: firusafira