๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ช๐—–๐—”๐—ฆ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ

mara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2026 โ€“ Dari Kedah ke tengah Kuala Lumpur, produk usahawan MARA Kedah dibawa lebih dekat kepada pengguna menerusi Kedah Showcase 2026 x Fantastic Food Fest yang berlangsung di Medan MARA hingga 16 Ogos 2026.

Penganjuran selama lima hari itu bukan sekadar menghimpunkan produk dan jenama usahawan, malah membuka ruang untuk mereka berinteraksi secara langsung dengan pengunjung, memperkenalkan keunikan produk serta mendapatkan peluang pasaran di luar kawasan operasi masing-masing.

Suasana jualan yang meriah turut memberi pengalaman kepada usahawan untuk melihat sendiri penerimaan pengguna terhadap produk yang ditawarkan.

YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, merasmikan Kedah Showcase 2026 x Fantastic Food Fest dan turut turun padang meninjau gerai jualan serta pameran usahawan. Sesi walkabout itu turut memberi peluang kepada beliau berinteraksi secara langsung dengan usahawan dan pengunjung sebelum menyempurnakan simbolik pelancaran program.

Selain mengetengahkan produk usahawan MARA Kedah, penganjuran kali ini turut diserikan dengan Fantastic Food Fest by Kak Nab Vol. 2 yang menawarkan pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung. Pertunjukan fesyen, persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif, permainan FFF serta persembahan artis jemputan turut melengkapkan pengisian sepanjang lima hari acara.

Kedah Showcase 2026 x Fantastic Food Fest mencerminkan pendekatan MARA dalam menyediakan ruang pasaran yang lebih dekat dengan pengguna, khususnya bagi membantu usahawan mendapatkan pendedahan, membina hubungan dengan pelanggan dan mengembangkan potensi produk mereka.

Penganjuran ini turut melengkapkan perjalanan 60 tahun MARA dalam menyokong pertumbuhan usahawan Bumiputera dari peringkat awal sehingga ke pasaran yang lebih luas.

Oleh: nb