๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—›, ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก

mara

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Apa yang MARA mahu jadi 10 tahun dari sekarang? Persoalan itu menjadi denyut utama Naratif Eksklusif Ketua Pengarah MARA 2026.

Di sebalik setiap dasar, program dan pencapaian, ada satu amanah yang tidak pernah berubah, iaitu memastikan MARA terus menjadi pemangkin kemajuan Bumiputera dan kekal relevan dengan perubahan zaman.

Naratif kali ini mengangkat aspirasi transformasi MARA melalui pelbagai inisiatif strategik, termasuk Penjenamaan Semula Skim Pembiayaan Perniagaan MARA, Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), Kajian Penilaian Outcome (KPO), Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), MARA Future Experts (MFE) serta penganugerahan Certified Integrity Officer (CeIO).

Setiap pencapaian bukan sekadar angka atau sijil. Ia adalah bukti bahawa perubahan sedang berlaku. Dan perubahan itu hanya akan bermakna apabila dirasai oleh usahawan yang dibantu, pelajar yang dibentuk, industri yang diperkasa dan rakyat yang disantuni.

Inilah MARA yang kita mahu bina untuk menjadi lebih tangkas, lebih berintegriti, lebih berani dan lebih dekat dengan rakyat. Kerana masa depan MARA tidak hanya ditentukan oleh apa yang kita lakukan hari ini. Tetapi oleh keberanian kita untuk berubah demi generasi yang akan datang.