๐๐๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ, ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ฅ ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 10 Ogos โ Jalur Gemilang bukan sekadar berkibar di Ibu Pejabat MARA. Ia mengibarkan rasa bangga, cinta dan semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga MARA.
Sempena Bulan Kebangsaan, warga kerja, pengurusan dan penyewa MARA bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme melalui Program Semarakkan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Seri Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA.
Daripada kibaran Jalur Gemilang, pemasangan bendera pada kenderaan MARA hingga lantunan lagu Jalur Gemilang, setiap detik menjadi simbol bahawa cinta kepada Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama. Kerana bagi MARA, menjunjung amanah bukan sekadar tugas, ianya adalah sebahagian daripada bakti kepada negara.


