𝗝𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥, 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗞𝗔𝗥 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔

mara

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Jalur Gemilang bukan sekadar berkibar di Ibu Pejabat MARA. Ia mengibarkan rasa bangga, cinta dan semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga MARA.

Sempena Bulan Kebangsaan, warga kerja, pengurusan dan penyewa MARA bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme melalui Program Semarakkan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA.

Daripada kibaran Jalur Gemilang, pemasangan bendera pada kenderaan MARA hingga lantunan lagu Jalur Gemilang, setiap detik menjadi simbol bahawa cinta kepada Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama. Kerana bagi MARA, menjunjung amanah bukan sekadar tugas, ianya adalah sebahagian daripada bakti kepada negara.