๐จ๐ฃ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
CHERAS, 4 Ogos 2026 โ Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), sebuah institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 menerusi penganjuran Merdeka Fest: Dari Kita Untuk Negara dengan tema “Yang Luar Biasa Itu Adalah Kita”, yang menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta dalam usaha menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan jati diri melalui pelbagai pengisian berteraskan kenegaraan serta inovasi.
YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyempurnakan peluncuran Merdeka Fest 2026 yang menjadi simbolik permulaan sambutan Bulan Kebangsaan di UPTM.
Dalam majlis yang turut dihadiri YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA, Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Tuan Haji Yahaya Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Dato’ Haji Shamshulkahar Mohd Deli, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. dan Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy. Shiekh, Naib Canselor UPTM itu, beliau turut merasmikan Smart Classroom sebagai manifestasi komitmen UPTM dalam memperkasa ekosistem pembelajaran digital, manakala YBhg. Dr. Azmi Amat Murjan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA menerima surat pelantikan sebagai Profesor Adjung UPTM sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam pembangunan pendidikan serta jalinan kerjasama antara akademia dan industri.
Majlis itu turut menyaksikan penyampaian hadiah UPTM National SDGs Challenge (UNSC) 2026 yang menghimpunkan 419 pasukan daripada 39 buah sekolah melibatkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT) serta Tenby Setia Ecohill International School.
Penyampaian hadiah pertandingan Merdeka Fest turut diadakan sebagai penghargaan kepada para peserta yang mempamerkan kreativiti, inovasi dan penghayatan terhadap nilai kenegaraan.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang berkata institusi pendidikan tinggi berperanan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai jati diri, semangat patriotisme, nilai kepimpinan dan integriti yang tinggi.
Beliau turut menyeru warga UPTM agar menghayati erti kemerdekaan melalui penguasaan ilmu, inovasi serta kesediaan menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.
Selaras dengan aspirasi Sambutan 60 Tahun MARA, penganjuran Merdeka Fest mencerminkan komitmen berterusan institusi pendidikan MARA dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berjiwa patriotik dan bersedia menjadi pemangkin pembangunan negara pada masa hadapan.
Oleh: shafiz hamzah



